Latar Belakang
Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko (PSPR), UTHM telah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan menggunakan nama Bahagian Pengurusan Kualiti dan Perancangan Korporat (BPKPK). Seiring dengan perkembangan pengurusan kualiti di UTHM, BPKPK kemudiaannya dikenali sebagai Pejabat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) pada 1 Ogos 2009, dan telah menjadi tunggak utama dalam menerajui pencapaian pensijilan ISO 9001:2000 UTHM. Sehinggalah pada 30 Jun 2016, PPSK telah dijenamakan semula kepada Pejabat Strategik dan Komunikasi Korporat (PSKK) dengan diperluaskan tanggungjawab dalam pengurusan dan perancangan komunikasi korporat, manakala skop tugas berkaitan pengurusan kualiti di pindahkan kepada Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik, UTHM.
Kini, berkuatkuasa 01 Ogos 2017, PSKK telah distruktur semula menjadi Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko (PSPR) yang memegang peranan sebagai peneraju utama dalam Perancangan Strategik Universiti, Pengurusan Risiko dan Pengurusan Data. Fungsi PSPR ini diperjelas melalui tiga (3) bahagian utama iaitu Jabatan Perancangan Strategik, Jabatan Pengurusan Data dan Jabatan Pengurusan Risiko.
Jabatan Perancangan Strategik (JPS) telah berperanan utama sebagai peneraju perancangan, pemantapan serta strategik Universiti. Skop pengurusan yang luas merangkumi perancangan Blueprint 2020-2025 dan Pelan Strategik 2015-2020 serta aplikasi Workspace dimana ianya diwujudkan bagi pemantauan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) UTHM.
Jabatan Pengurusan Data (JPD) berperanan dalam penarafan QS Stars Rating dan Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam (MyMoheS) bagi memastikan Universiti berdaya saing dengan Universiti-universiti lain.
Jabatan pengurusan Risiko (JPR) berperanan dalam proses pemantauan risiko Universiti serta menguruskan Sistem Pengurusan Aduan dan Maklum Balas UTHM (WeCare UTHM) yang dilihat sebagai medium penyaluran maklumat serta pendapat daripada kalangan pelajar dan staf UTHM.
- Last updated on .